Thursday, 3 November 2011

Last in my life.

Lst

rasanya dah exited sangat dah saya nii. semakin hari tu hampir, semakin tu lah hati saya rasa tak senang. asyik tak sabar jee. menghitung setiap hari bagi mencecah 16.11.2011 ni. tak lama lagi kan. exitednyaaa. saat tu kalau saya dah nampak dorang, tak kira. saya akan peluk dan menangis. saya nak tunjukkan betapa rindunya saya pada mereka, betapa parahnya hidup saya pada mereka. saya nak tunjukkan segala-galanya pada waktu tu. rindu sangat. terlebih melebihi segalanya.

.........................................................

PAYAH BILA HIDUP BERGANTUNG PADA ORANG.

saya tahu mereka telah banyak berkorban sejak ketiadaan babah dan mama. tapi saya tak boleh tipu diri saya sendiri, lebih-lebih lagi pada adik beradik saya yang saya betul2 tak selesa dengan mereka. tak sama macam mana babah mama mendidik saya, memanjakan saya. lain sangatt. serious saya katakan, saya tak boleh nak terima. begitu banyak berbezaannya. begitu banyak yang lainnya. takk, saya tak boleh nak bahagia kalau keadaannya bukan macam dulu.

saya minta maaf. apa yangg mereka lakukan semua ni, semua saya tak boleh nak terima. apa yang mereka buat, macam mana mereka layan saya, semua saya tak terima. so plisss, lepas ni saya taknak hidup bergantung pada orang. saya jadi stress, saya jadi serba tak kena semenjak ni. asyik nak melenting, asyik nak menangis jee. SPM tak lama lagi.tapi, bila mereka treat saya, macam budak kecik! macam tak ada apa berlaku dah selepas ni. 

setiap hari, saya akan tidur dari Asar sampai maghrib. tapi bila ada babah, babah yang akan kejutkan saya sampai saya bangun walaupun dia sempat melawak. saya bahagia dengan cara babah. tapi, cara mereka kejut saya, kasar. terlalu kasar. kadang2, hanya dengan panggilan telefon. setakat ajak saya makan, paksa2 saya suruh turun. ingat baru bgun tidur boleh buat semuanya? sorry, i can't accept it

banyak lagi yang saya nak ceritakan. tapi maaflah, saya rasa saya tak patut dedahkan. yang peritnya, yang pedihnya, yang sakitnya, yang sedihnya. biarlah saya yang tanggung. saya sanggup hadapinya. selagi babah mama masih bernafas di tanah suci Allah tu. kalau inilah kehidupan saya sepanjang ketiadaan babah mama, saya terima dengan seadanya. 

sebenarnya, saya tak harap mereka akan menjaga saya. tapi, bila ini arahan dan amanat babah dan mama, saya akur. saya redha. Alhamdulillah. terima kasih babah, mama. I love you so much.

No comments:

Post a Comment