Babah mama,
........................................................................................................................
kenapa susah sangat saya nak lupakan dorang untuk tumpukan perhatianku sepenuhnya pada SPM yang akan bertandang tak lama lagi? payahnya nak hilangkan dalam kepala saya ni.
banyak kali dah seisi keluarga saya cakap cenggini:
"sabar. berapa hari saja lagi dorang akan balik."
tapi saya? hurm....., sama jugak. takde perbezaan pun. sebab, bagi saya. saya akan tunggu dorang balik walau sekejap mana pun dorang akan balik okay. saya promise tu!
pukul 10 lebey semalam, babah call saya:
BABAH: Assalamualaikum adek, Selamat Hari Raya. tengah buat apa?
SAYA: Waalaikummussalam bah. Selamat Hari Raya. In dekat rumah Kak Linda dengan Cik Suzi ni.
BABAH: Oh, adek tidur sana lah ye?
SAYA: A'ah. Babah sihat?
BABAH: Sihat, adek jangan risau. babah mama okay je kat sini. Adek tengah buat apa tu?
SAYA: In tengah menanda kertas pepriksaan Kak Linda ni.
BABAH: Oh, bagusnyaaaa. Adek, pukul 1 pagi dekat sana babah dah nak pergi melontar tau. Waktu tu kat sini pukul 8 malam. Adek jangan risau, tidur saja. Takpayah tunggu babah call. Pagi esok baru babah call ye.
SAYA: Dah nak pergi melontar dah? alah, takpelah. babah call je. takpe. in tunggu babah.
BABAH: takpelah. tidur je. jangan risau.
SAYA: Alah, tkpelah.in tnggu.
BABAH: okay, nanti babah call tau. bye, assalamualaikum.
SAYA: Okay! Waalaikumussalam.
Btw, jangan lupa ya. kita sekarang menyambut Hari Raya Aidiladha. kita kat Malaysia, buat ibadah korban. tapi kat sana, Hari Raya Aidiladha ni maknanya tanda mereka akan berwukuf. Tak tau apa tu? maknanya, petanda mereka akan melakukan ibadah Haji.
so, perbualan saya dan babah tadi tu ada dua maksud.
First, saya risau yang mereka akan melontar pada waktu siang kerana waktu tu semua negara termasuk orang Afrika, orang kulit putih yang badan besar2 tu mereka akan keluar untuk pergi melontar. senangkan cerita, waktu siang bagaikan lautan manusia. so, daripada aspek keselamatan tu memang takpyah nak cerita. bahaya sangat2 berbahaya! :'(
Second, saya rindukan mereka. saya nak babah mama call walau waktu tu waktu tidur saya sekalipun. saya korbankan waktu tidur saya semata-mata nak tahu yang dorang sudah selamat melontar. saya rindukan mereka, teramat sangatt. so, saya nak tahu jugak bila waktu yang dorang selesai melontar. :')
babah mama, cepat balik... ku akan peluk kamu berdua puas-puas!

No comments:
Post a Comment