Tuesday, 1 November 2011

Be kind please. :)


Lagi 1 minggu lebih nak menunggu kepulangan babah mama. masa tu, i be a normal person back! kehidupan hitam pahit manis saya sebelum ni, dah tiada dah. tapi sebelum tu, saya kena kuatkan hati sebab Jumaat ni dorang dah nak mula Wuquf. tu yang membuatkan saya risau tuu. sedihnyaaa, sunyi sangat tak ada mama babah. tak dengar lagi suara manja mama, tak ada babah yang manjakan saya setiap saat. berbeza tak ada mereka di rumah ini. sunyi sangattt.

 .............................................................................
                       
tajuk: Be kind please.

susah sebenarnya saya nak cakap. saya nak cakap pun salah, tak cakap pun salah. bila saya cakap, ada yang salah tafsir. nanti ada pulak cerita yang kurang sedap didengar tersebar. perhubungan putus. bila saya tak cakap, susah orang nak faham. susah orang nak sedarkan diri tu. senang cerita, saya cakap umum lah ya? semua orang dah besar kan? tentu dah tau mana baik dan mana buruk kan. tak dinafikan semua orang ada kelemahan dan ada kelebihan masing2. bila kelemahan terlebih, susah pulak tu. bila kelebihan terlebih, pun susah jugak. habis, mana satu? elok kita sendiri yang sedar ya. 

susah nak cakap pasal hati dan perasaan ni. orang selalu salah faham. habis, hati ni siapa nak dengar, siapa yang nak jaga kalau bukan diri sendiri kan. kita je nak fahamkan orang, tapi fikirlah. ada ke orang fahamkan kita. sudahlah, orang lain mana faham apa yang kita rasa. apa yang kita pendam. memang sesetengah orang faham, tapi setakat mana dorang nak tau la. selebihnya, kita jugak yang termakan sendiri.

sebelum nak suruh orang jadi baik, kita kena jadi baik dulu. supaya orang pandang kita dengan pandangan yang hormat, bukan rasa tak suka. mana boleh macam tu kan. kita sendiri pun taknak orang pandang kita dengan rasa menyampah kan. so, kita kena buat baik dengan orang. baik bukan setakat baik, baik kena datang dari dalam hati kita sendiri. bukan dibuat-buat. cubalah hormat orang. 

please, jangan ambil kesempatan pada orang lain. mentang2 dia tengah free, you nak sibuk sibuk mengajak merayap tak tentu. control yourself, derr. orang lain pandang pelik, sangat pelik tahu! ada orang yang kami kena hormat jauh sana. so, batas-batas sikit kalau nak enjoy pun. so far, you memang baik. so kind, but like a jerk. jujurnya, saya sayangkan you. teramat. tapi, kena faham situasi saya jugak ye. 

saya hormat awak, awak kena hormat saya. bye. :)

No comments:

Post a Comment