Sunday, 2 October 2011

Luluh.


Nampak tak gambar ni?
Ni gambar parents saya. Saya sayang dorang tahu?
Insan-insan yang pertama yang paling saya sayang dalam dunia ni.

Dorang yang mendorong semangat saya.
Yang membahagiakan hidup saya.

Susah saya nak gambarkan betapa luluhnya hati saya bila mereka tak ada di sisi saya.
saya akui, walaupun mereka pergi tempat baik,
saya tetap akan rasa yang saya seolah-olah tak bernyawa tanpa mereka.
betapa pentingnya mereka dalam kehidupan saya.

sebagai anak, saya akan merasakan kesunyian ini.
ya, sunyi teramat sangat!

kalau dulu,
setiap kali saya pergi sekolah, saya kucup tangan dan pipi mereka.
balik sekolah, mereka yang bukakan pintu untuk saya.
waktu malam, saya manja dengan mereka.
waktu nak tidur, saya kucup mereka dan ucapkan selamat malam.

sekarang,
bila saya nak pergi sekolah, saya akan kucup tangan nenek dan atuk saya.
balik sekolah, saya kena buka pintu sendiri.
waktu malam, sentiasa baca buku.
waktu nak tidur, kucup tangan nenek dan atuk saya dan terus tidur.

DENGAN SIAPA YANG SAYA MAHU BERMANJA?

Ya Allah, betapa mahalnya harga diri seorang ibu dan bapa.
betapa besarnya pengorbanan yang mereka berikan.
betapa sayangnya mereka pada kita.
betapa mengambil beratnya mereka kepada anaknya.

memang saya akui,
saya tak merasakan semua tu sebelum ni.
bila mereka berangkat ke Tanah Suci Mekah,
saya rasa betapa bersalahnya saya pada mereka.
rindu.
rindu yang teramat-amat sangat!

45 hari.
bagi saya, itu bukan jangka waktu yang singkat.
Ia mengambil kesabaran untuk melalui hari-hari itu tanpa mereka.
saya sedar,
saya kena lepaskan mereka.
niat mereka baik.
untuk beribadat dan mendoakan yang terbaik buat saya.
saya sayang mereka.

YA ALLAH,
KAU BERIKAN IBU BAPAKU KESIHATAN & KESELAMATAN BUAT MEREKA YANG PERGI KERANA PANGGILAN-MU. SUPAYA MEREKA SELAMAT SAMPAI DAN SELAMAT BALIK. BETAPA PENTINGYA MEREKA UNTUK AKU, YA ALLAH. MEREKA YANG BEGITU TERBAIK UNTUK DIRIKU. MENGAJARKU ERTI HIDUP DAN SEKARANG AKU MEMERLUKAN KESABARAN YANG TINGGI UNTUK MENANTI KEPULANGAN MEREKA. KAU BERIKAN LAH MEREKA HAJI YANG MABRUR. TETAPKAN HATI MEREKA. TETAPKAN NIAT MEREKA. PERKENANKAN DOA MEREKA, HARAPAN MEREKA YANG DISANDANGKAN PADA SEMUA AHLI KELUARGANYA. SELEPAS ITU, KAU KEMBALIKAN MEREKA PADAKU SEMULA YA ALLAH. AKU MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH. AKU BELUM SEMPAT BERBAKTI PADA MEREKA. BELUM CUKUP MENIKMATI KASIH SAYANG MEREKA. 
ROBBANA ATINA FIDDUNYA HASANAH, WAFIL AKHIROTI HASANAH, WAKINA AZABANNAR, WASSALALLAH HUALA SAIDINA MUHAMMAD, WALHAM DULILLAH HIRABBIL ALAMIN. 
AMIN, YA RABBAL ALAMIN. :'(

No comments:

Post a Comment