Monday, 23 January 2012

Bayangan Semalam. :)

Assalamualaikum,

Okay, post yang sebelum ni saya dah janji kan nak bagi yang something special for new post, rite?
okay, sekarang saya nak tunaikan janji tu.
kalau rasa best, komen kat FaceBook saya ya?
kalau tak best, nanti saya akan belanja awak ni,


COOL BLOG GITUWW, nyahh.

okay, sudah-sudah.
jangan nak merapu.
like before, let's start my story.

.....................................................................................................................

Actually, saya seorang yang gemar menulis cerita a.k.a mengarang novel. Setiap kali saya dalam kalangan manusia, ada saja yang bermain dalam fikiran saya. Mungkin dengan keizinan-Nya, tiba-tiba terlintas dalam kepala saya sebuah cerita yang menari perhatian saya. Saya rasa cerita ni sangat sesuai untuk semua lapisan manusia. Pasti nak tau kan apa tajuk dia? Lagi-lagi sinopsis kan? okay, be carefull, :)

Tajuk:
 Bayangan Semalam.

Sinopsis:
Alisya seorang gadis yang sentiasa mencari cinta yang pasti sehingga bertemu titik noktah kerana duka semalam masih bertaut di hati. Ianya tidak boleh dipadamkan sama sekali!
RAZLAN, andai masa boleh diputarkan, pasti aku akan lakukan. Andai diberi peluang, pasti akan aku pilih waktu untuk berdua bersamamu. Waktu bahagia bersamanya bagai baru semalam kurasa. Kini, kau hanya hilang dalam bayangan, sentiasa hadir dalam ingatan.
SHAHIR, pernah kau punahkan segala harapanku, membawa duka dalam hidupku. Kini, kau muncul untuk cuba merubahkan segalanya. Namun, dapatkah kau fahami, kau bukan yang aku pinta! Aku hanya perlukan dia untuk mengisi kekosongan diruang dihati.
Akhirnya, dia terkapai-kapai sendiri menanti cinta penuh sabar, menanti kepulangan suami tersayang. Dugaan hidup, manusia sentiasa di uji. Suaminya pulang membawa isteri terbaru, Zahira. Dapatkah dia bertahan?

.....................................................................................................

okay btw,
cerita ni TRULLY TRULLY daripada saya.
bukan copy-paste ya! 
tak caya?
cari lah seluruh internet ada tak sinopsis sama macam kat atas tu?

macam mana?
hebakk tak?
kalau hebak, nantikan, ya!

Kbaii,
Salam.

No comments:

Post a Comment